Tuesday, April 18, 2017

Koleksi tanaman herbaku



1.Kesum (Polygonum minus)
Indikasi
Masalah pencernaan, dan kelemumur

Cara
ulaman dan bahan untuk masakan (Asam Pedas dan Laksa Penang)
Air rebusan untuk masalah pencernaan dan minuman wanita selepas bersalin


2. Akar Som – Talinum paniculatum

Indikasi;
Lesu, lemah syahwat, batuk, TB paru, haid tidak teraturkeputihan dan meningkat susu ibu.

Cara
Akar ginseng jawa dikeringkan dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Ia direbus menggunakan dua gelas air sehingga tinggal segelas. Tapis dan sejukkan air rebusan tersebut ( lemah syahwat).

Daun ginseng jawa segar (ulam/tumis)
Akar Som – Talinum paniculatum

Tuesday, April 5, 2016

Mak Long Jare Herba: NENAS BATU

Mak Long Jare Herba: NENAS BATU: 1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus      menjadikan ibu-ibu awet muda. 2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun Di...

Tuesday, February 22, 2011

Rawatan penyakit Asma kaedah Darul syifa

Bahan Rawatan penyakit asma
1. Lendir belut ( the best belut liar) atau
2. Kelapa tumbuh atau
3. Madu lebah & getah betik muda atau
4 Sup anak burung ciak rumah ( kanak2 je)

1. Lendir belut
Cara siram belut dengaa air untuk menghilangkan kotoran.
Ambil sekeping roti sandwich lurutkan pada badan belut supaya semua lendir melekat pada roti.
Sapukan mentega pada roti
Baca al fatihan, selawat syifa dan doa penhilang kesakitan pada bahan tersebut.
Bolehlah dimakan.

2. Kelapa tumbuh
Pilih yang tumbuh 1 kaki
Ambil umbut,akar, tumbung kelapa dan airnya ( tidak termasuktempurung dan sabut) dan campurkan sedikit air kemudian dikisarkan menggunakan mesin pengisar.
Tapiskan kemudian ambil air yang telah ditapiskan untuk diminum ( baca doa yang sama di atas)

3.Getah betik dan madu lebah
Ambil satu sudu madu lebah dan titiskan 3 titik getah betik muda
Baca kombinasi doa tersebut.

4.Sup anak burung ciak rumah
3 ekor anak burung ciak rumah di buat sup dan di bacakan doa.
Bacakan kombinasi doa tersebut.